.
Kalau benar mengidam kuasa hendaklah wajar tingkah dan cara. Kalau kuasa hendak digenggam kebaikan orang jangan dihentam. Kalau kuasa hati berkenan jasa orang dinafi jangan. Kalau kuasa hendak diraih amalkan budaya berterima kasih. Impian berkuasa lekat di hati hapuskan segala hasad dan dengki.

Universiti Utara Malaysia

By swam

Bagi kami sebagai pengguna, interface yang terdapat dalam laman web University Utara Malaysia (UUM) ini kelihatan simple dan kurang menarik. Lay-out atau kedudukan font dan gambar yang terdapat dalam laman ini adalah kelihatan tidak tersusun. Di mana, kedudukan gambar di tengah-tengah interface web menyebabkan ia kelihatan sangat penting. Disamping itu, penggunaan link atau capaian ke page lain kelihatan menarik. Namun, apabila pengguna memasuki ruangan halaman lain, seperti halaman portal komuniti, pengguna di minta memasukkan login dan password untuk meneruskan capaian. Dalam laman ini, penggunaan background putih menampakkan laman web ini kelihatan terang. User friendliness yang digunakan di dalam laman web UUM ini tidak begitu friendliness kerana ada sesetengah page diminta untuk memasukan password. Walaubagimanapun, penggunaan dwibahasa yang diamalkan dalam laman ini menyebabkan pengguna bebas memilih bahasa yang dikehendaki. http://www.uum.edu.my/
 


University Darul Iman Malaysia

By swam
Interface yang terdapat dalam laman web Universiti darul iman malaysia (UDM) adalah kurang menarik berbanding dengan laman web universiti lain. Maklumat yang terdapat dalam laman web ini lambat di naik tarafkan menyebabkan pelajar kurang mendapat maklumat yang segera.Disamping itu, penggunaan background yang berwarna putih yang digunakan dalam laman web UDM ini kelihatan tidak menarik dan tidak menampakkan warna tema UDM. Susunan lay-out yang tidak tersusun menyebabkan ianya kelihatan bercampuran. Walaubagaimanapun, penggunaan dwibahasa yang terdapat dalam laman ini boleh membantu pengguna untuk memilih bahasa yang diiginkan dan dapat memahami maklumat yang telah dipaparkan. http://www.udm.edu.my/